Wednesday, 22 August 2012

Insan Kasih Sayang

dulu ak tertanya-tanya bagaimanakah rupa dan gaya seorang insan yang kurang kasih sayang. ketika itu aku hanyalah seorang aku yang masih belum mengenal apa itu erti dunia. aku tercari-cari dimanakah insan yang digelar kurang kasih sayang. kini aku telah sedar yang kurang kasih sayang itu aku.

hidup sebagai aku amatlah mencabar so dont judge my path if you haven't walk my journey. untuk aku segalanya adalah pengalaman yang mengajar aku erti kebebasan. aku tidak mengeluh, aku tidak merintih, jauh sekali hendak aku meratapi nasib ini. keseorangan, kesepian, sendiri itu adalah teman ku kerana kami tidak sanggup berpisah.

pernah terdetik di hati ini ingin lari dari gelumang keluarga yang membebankan namun kemana ingin aku pergi. menagih simpati dan merempat disana sini bukan niatku. aku cuma mahu kosong. kosong dari memikirkankan sesuatu yang tidak sepatutnya difikirkan pada usia aku.

Kisah Kami

Kisah aku, kau, dan dia. Kisah kita mungkin berbeda namun apakan daya..., Kisahnya bermula apabila aku tertarik dengan senyumannya. Senyuman yang membuat setiap orang menggilainya. Keindahan paras rupanya mampu membuatkan orang terlena diaalam fana. Sentuhan manjanya tidak mampu diukir melalui kata-kata, hanya Tuhan yang bisa. Namun segalanya hanya sementara apabila hadirnya si dia.

Bagiku dia insan biasa namun bagimu dia luar biasa dan teramat istimewa. Aku tidak sehandal dia bermain kata, tidak sehebat dia mengukir janji, yang ada hanyalah kasih yang setia. Aku sedar kewujudanku sudah tidak lagi bermakna setelah kehadiran dia. Segalanya dia. Lalu aku terus cuba untuk mendiamkan diri supaya hati  yang membara ini dapat disirnakan.

Namun kau tetap leka dengan segala keindahan dia hingga aku dibiarkan usang. Kalau benci katakanlah, tidak aku tidak marah. Setahun sudah berlalu, tibalah masanya untuk kau hancurkan segalanya. Kesilapan kecil diungkit-unkit hingga retak mahligai yang kita bina bersama. Aku akur dengan kehendak itu.

Kini tinggallah aku sendiri menyanyi dalam sepi... Cintailah dirinya kerana dia lebih sempurna.. apalah ada padaku.. hanya insan dalam kesepian...

kala malam

kala malam, kita sudah lagi tidak keruan dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. munking menulis adalah satu cara yang terbaik bagi kita untuk menghilangkan rasa bosan di hati. hari ini raya ke-4 dan terasa amat pantas berlalu. bayu kelmarin masih lagi terasa di pipi sedangkan semuanya telah berlalu pergi meniggalkan kenangan abadi.

orang kata hidup ini tidak dapat diduga. hidup merempat mungkin sudah terbiasa.perjalanan hidup ini terlalu panjang untuk dibahaskan. kita tidak dapat memuaskan hati semua orang tetapi kita mampu melakukan yang terbaik untuk semua. namun mengapa kita perlu mengabaikan soal hati dan perassan kita demi kebahagiaan orang lain. kerana kita adalah kita dan saya tetap saya.

tidak. kadang-kadang melihat orang lain gembira kerana kita juga adalah satu kegembiraan buat kita yang kita tidak dapat bayangkan keindahannya. kepura-puraan itu perlu untuk menyelindung segala pahit derita.