Wednesday 22 August 2012

Kisah Kami

Kisah aku, kau, dan dia. Kisah kita mungkin berbeda namun apakan daya..., Kisahnya bermula apabila aku tertarik dengan senyumannya. Senyuman yang membuat setiap orang menggilainya. Keindahan paras rupanya mampu membuatkan orang terlena diaalam fana. Sentuhan manjanya tidak mampu diukir melalui kata-kata, hanya Tuhan yang bisa. Namun segalanya hanya sementara apabila hadirnya si dia.

Bagiku dia insan biasa namun bagimu dia luar biasa dan teramat istimewa. Aku tidak sehandal dia bermain kata, tidak sehebat dia mengukir janji, yang ada hanyalah kasih yang setia. Aku sedar kewujudanku sudah tidak lagi bermakna setelah kehadiran dia. Segalanya dia. Lalu aku terus cuba untuk mendiamkan diri supaya hati  yang membara ini dapat disirnakan.

Namun kau tetap leka dengan segala keindahan dia hingga aku dibiarkan usang. Kalau benci katakanlah, tidak aku tidak marah. Setahun sudah berlalu, tibalah masanya untuk kau hancurkan segalanya. Kesilapan kecil diungkit-unkit hingga retak mahligai yang kita bina bersama. Aku akur dengan kehendak itu.

Kini tinggallah aku sendiri menyanyi dalam sepi... Cintailah dirinya kerana dia lebih sempurna.. apalah ada padaku.. hanya insan dalam kesepian...

No comments:

Post a Comment