Wednesday 22 August 2012

Insan Kasih Sayang

dulu ak tertanya-tanya bagaimanakah rupa dan gaya seorang insan yang kurang kasih sayang. ketika itu aku hanyalah seorang aku yang masih belum mengenal apa itu erti dunia. aku tercari-cari dimanakah insan yang digelar kurang kasih sayang. kini aku telah sedar yang kurang kasih sayang itu aku.

hidup sebagai aku amatlah mencabar so dont judge my path if you haven't walk my journey. untuk aku segalanya adalah pengalaman yang mengajar aku erti kebebasan. aku tidak mengeluh, aku tidak merintih, jauh sekali hendak aku meratapi nasib ini. keseorangan, kesepian, sendiri itu adalah teman ku kerana kami tidak sanggup berpisah.

pernah terdetik di hati ini ingin lari dari gelumang keluarga yang membebankan namun kemana ingin aku pergi. menagih simpati dan merempat disana sini bukan niatku. aku cuma mahu kosong. kosong dari memikirkankan sesuatu yang tidak sepatutnya difikirkan pada usia aku.

No comments:

Post a Comment